Mira Filzah Nafi, Didakwa Artis Yang Biadap Dan Punyai Perangai ‘Syaitan’

Pelakon Mira Filzah tampil menafikan bahawa dialah selebriti yang dimaksudkan pempengaruh yang didakwa biadab dan mempunyai perangai ‘syaitan’.

Ini berikutan komen-komen netizen yang mula ‘memetik’ nama Mira sebagai pelakon yang pernah membaling skrip kepada kru penggambaran dan ‘talam dua muka’.

Mira yang ditemui media berkata dia tidak tahu mengapa namanya ‘dipetik’ sedangkan selama 10 tahun dia terlibat dalam bidang seni, dirinya tidak pernah melemparkan barang kepada mana-mana individu.

Kenal dia pun tak. Hampir 10 tahun berlakon, tak pernah saya baling apa-apa pun pada orang.

Terdahulu, pempengaruh Ceddy menerusi siaran Podcast ada menampilkan ‘influencer’ yang dikenali sebagai Sarancak dan Nell dalam satu episodnya.

Kedua-dua wanita itu kemudian berkongsi pengalaman bekerja bersama seorang selebriti yang dianggap ‘sweetheart’ dalam kalangan peminat sebaliknya mempunyai perangai buruk dan bermasalah.

LINK VIDEO MIRA FILZAH

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*