Guna Bahasa Kesat Di Mekah Tanah Suci, Sekali Menteri Jabatan Agama Mula Bersuara

UMAT Islam digalakkan untuk melafazkan kata-kata baik ketika berdoa apatah lagi ketika berada di Tanah Suci Makkah.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, dalam keadaan marah sekali pun, Islam tidak mengajar menggunakan kata-kata kesat atau menghina.

“Kita dalam kawasan mulia dilarang menggunakan perkataan kasar. Kita diajar untuk berdoa dan perlulah menggunakan bahasa yang baik.

“Dalam keadaan marah sekali pun, Islam tak mengajar kita menggunakan kata-kata tidak baik atau menghina,” katanya.

Mohd Naim menjelaskan perkara itu dalam satu temu bual bersama saluran TV AlHijrah pada Rabu susulan isu skrip drama Surat Dari Tuhan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Dalam pada itu, Mohd Naim berkata, skrip dan babak dalam drama tersebut seolah-olah menggambarkan satu sifat bercanggah dengan amalan Islam dan tidak baik untuk tontonan umum.

“Paparan dalam drama tersebut yang menggunakan perkataan tidak baik di Tanah Suci seperti mengajar penonton satu benda yang tidak elok,” jelasnya.

Susulan itu, beliau menyarankan agar mana-mana penerbit atau pihak produksi untuk mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif terutama berkaitan isu agama sekiranya kurang jelas tentang sesuatu perkara.

Sebelum ini sedutan promo drama Surat Dari Tuhan mengisahkan tentang Misha lakonan Janna Nick iaitu seorang menantu jahat yang mendera ibu mentuanya Rafilah (Sheila Mambo) tular di media sosial.

Skrip yang dilafazkan oleh Janna menyebut sebaris doa bersumpah mengharapkan kematian ibu mentua di hadapan makan Rasulullah SAW adalah tidak sepatutnya berlaku.

Meskipun babak tersebut dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel, namun kata-kata keterlaluan menyentuh isu agama adalah tidak wajar diambil mudah.

Babak Misha memarahi seorang ustaz yang sedang memberi tazkirah dalam sebuah bas turut mendapat kecaman hebat netizen.

Selain Janna dan Sheila drama ini turut dibintangi oleh Shukri Yahaya serta Ummi Nazeera.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*