Kereta Mini Cooper Kena Tarik, Anak Tiri Miera Liyana Reda Dengan Tindakan Bapanya

Jika sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu rumah tangga suami Miera Liyana, Rosland Othman yang sudah bercerai dengan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib.

Kali ini, anak kepada Rosland dan Adibah mendedahkan bahawa dia reda dengan tindakan bapanya yang menyekat nombor telefonnya sejak Februari lagi.

Nur Izzah, 26, berkata, sejak daripada itu mereka tidak lagi berhubung dan dia mengakui tidak terasa hati dengan apa yang dilakukan bapanya itu.

Dia rasa defensif dengan kata-kata saya sebab apa yang saya cakap itu perkara betul dan apa yang dia buat itu salah.

“Masa itu dia ambil adik saya Anisa tanpa pengetahuan mak saya (Adibah) jadi bila saya cakap benda fakta kemudian dia defensif dan sebab itulah dia block saya.

“Saya tak tergores hati pun tentang dia block saya,” katanya yang masih menghormati Rosland sebagai bapa.

Kereta mini cooper ditarik balik

Selain itu, Izzah juga berkongsi cerita mengenai kereta Mini Cooper pemberian bapanya yang sudah diambil semula.

Katanya, dia sudah dapat menduga tindakan bapanya itu dan reda menerima apa yang berlaku.

Kereta itu telah ditarik daripada saya… saya tak terkejut sebab sudah boleh agak dia akan buat benda itu.

“Sebelum dia tarik kereta saya, dia sudah tarik kereta mak saya. Saya tak tahu apa motif dia tapi mungkin itu cara dia nak menghukum kami, tapi saya okay je,” katanya.

Untuk rekod, Rosland dan Adibah telah sah bercerai talak satu selepas 28 tahun berkahwin pada 3 Ogos lalu.

Selain Nur Izzah, pasangan ini mempunyai empat orang anak lagi iaitu Nur Iffah, 24, Nur Liyana, 18, Nur Anisa, 12 dan Nurin Tasnim, 11 tahun.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*